Total Pageviews

Islamic Widget

Tuesday, March 1, 2011

Anti-Virus AVG Sesuai Untuk Komputer Tiada Internet

Lazimnya komputer lama yang diletakkan di rumah, khasnya untuk kegunaan anak-anak selalunya tiada sambungan internet. Memang telah menjadi kebiasaan komputer tersebut tidak dipasang sebarang anti-virus kerana susah untuk membuat update anti-virus. Mungkin juga kerana komputer tersebut tidak mempunyai data yang penting, oleh itu tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, sebenarnya komputer tersebutlah perlu diberi perhatian, selagi ia menggunakan Windows maka perlu dipasang anti-virus dan di update. Ini kerana anak-anak kebiasaannya kurang kesedaran untuk menjaga komputer dari sebarang virus, apa sahaja perisian (games) boleh dipasang, apa sahaja lagu boleh di salin dari pendrive yang dibawa dari cybercafe! Tidak mustahil virus yang terdapat pada komputer tersebut akan disalin pula kepada komputer yang lain!!!

Bagi kes ini, saya menyarankan agar anda boleh mendapatkan anti-virus AVG kerana anda boleh membuat update anti-virus AVG secara manual.

Anti-Virus AVG percuma boleh di download di sini -> Free AVG Anti-Virus Download

Cara Update Anti-Virus AVG

Terdapat 2 cara untuk update Anti-Virus AVG iaitu:

  1. Update secara automatik dari internet (Klik “Update Now” pada program AVG)
  2. Update secara manual (tanpa sambungan internet)

Cara Update Anti-Virus AVG Secara Manual (Tanpa Internet)

Cara Update AVG bagi Versi 8.5, 9.0, 2011 adalah sama sahaja…

  1. Download update terbaru di “Website Update Patch AVG” dengan menggunakan komputer yang mempunyai sambungan internet (contohnya di pejabat, cybercafe)
  2. Simpan file update AVG yang telah di download ke dalam pendrive.
  3. Salin file update AVG tadi pada komputer yang tiada sambungan internet.
  4. Buka Program AVG.
  5. Pilih menu “Tools”, kemudian pilih “Update from directory”
  6. Pilih lokasi folder di mana anda salin file update AVG tadi. Klik “OK”. Biarkan sahaja proses update sehingga selesai.

Asas-asas Photoshop

Muatturun fail penuh asas-asas Photoshop di laman LifeHacker.

Windows 7 God Mode

Jika anda malas untuk klik berbagai ikon dan folder untuk mengubah susunan ( configuration ) pada Windows 7, kini anda boleh klik pada satu folder sahaja untuk akses 50 bahagian yang mempunyai rantaian cepat kepada susunatur Windows 7.
Anda cuma perlu buat satu folder baru pada desktop dan namakannya
GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
Selamat mencuba… :D

RIOT ( Radical Image Optimization Tool )

Kebanyakan pelayar internet mempunyai laman untuk menyimpan gambar secara maya seperti di Flickr, Fotopages dan sebagainya.

Namun setiap laman yang menyediakan khidmat sedemikian, memberikan ruang yang tertentu untuk setiap pelayar. Contohnya Flickr hanya menyediakan 300MB ruang percuma untuk anda.

Jadi untuk memastikan anda dapat menyimpan semaksima mungkin gambar pada laman sedemikian, anda boleh mencuba RIOT.

Perbandingan Kelajuan Internet

Di Korea

Di Sweden

Dan di Malaysia……