Total Pageviews

Islamic Widget

Tuesday, May 3, 2011

Maxthon 3 antara pelayar web terbaik!

Pernahkah anda menggunakan pelayar web Maxton 3? Ya! memang benar  pelayar web merupakan salah satu pelayar web yang terbaik.Mungkin ramai yang tidak pernah menggunakan pelayar ini kerana mungkin kurang promosi dari pembangun pelayar web ini,namun saya sendiri akui pelayar web Maxton ini merupakan salah satu pelayar web yang pernah saya gunakan.
Antara ciri-ciri tambahan yang ada pada pelayar web Maxthon versi 3.0  ialah :
  • Privacy protection
  • Mouse Gestures
  • AD Hunter
  • Favicons
  • Plug-ins Support
  • External Utility Bar
  • Super Drag&Drop
  • Skins Support
  • Quick Search
  • Custom Start-up
  • Favorites Bar
  • Auto-hide panels
  • Pages Groups
  • Status Bar
  • URL Alias
Untuk mencuba dan muat turun pelayar web ini,layari http://www.maxthon.com/

How to manually remove Trojan.Wantvi.K

Files associated with Trojan.Wantvi.K infection:

shell.exe
printer.exe
spoolvs.exe
WinAvXX.exe
printer.exe
winter.exe
timoty.exe
bronto.dll

Trojan.Wantvi.K DLL's to remove:

bronto.dll

Trojan.Wantvi.K processes to kill:

spoolvs.exe
printer.exe
shell.exe
WinAvXX.exe
printer.exe
winter.exe
timoty.exe

Remove Trojan.Wantvi.K registry entries:

MICROSOFT\WINDOWS\CURRENTVERSION\RUN\Spoolsv
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\MICROSOFT\WINDOWS\CURRENTVERSION\RUN\WinAVX
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\MICROSOFT\WINDOWS\CURRENTVERSION\RUN\ Printer
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\MICROSOFT\WINDOWS\CURRENTVERSION\RUN\Undefined
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\MICROSOFT\WINDOWS\CURRENTVERSION\RUN\ WinAVX

Malware Terkini

Bagaimana memasang Ubuntu 9.10

Langkah Pertama:
Masukkan CD Ubuntu 9.10 yang sudah kita perolehi daripada Canonical. Kepada kawan2 yang belum lagi ada.

 

Kepada kawan2 yang mempunyai capaian Internet yang laju, sila muat turun dari laman rasmi Ubuntu disini, Klik Sini 

 

Langkah Kedua:

Masukkan CD Ubuntu dan pastikan komputer anda "boot" CD terlebih dahulu. (Kebiasaanya semua komputer akan menggunakan pilihan ini). Pertama kalinya, anda akan mendapat pilihan bahasa, English sebagai tetapan bahasa pilihan Ubuntu dan Tekan ENTER.

 

Langkah Ketiga:
Sekiranya anda ingin mencuba Ubuntu tanpa perlu membuat installasi kedalam komputer anda, pilihan pertama boleh dipilih. Bagi sesiapa yang telah pasti, pilihan kedua adalah bagi membuat installasi kedalam PC atau Notebook anda.

  

Langkah Keempat:

Anda akan lihat paparan seperti dibawah, anda tidak perlu panik kerana Ubuntu sedang dalam proses memulakan sistem pengoperasiannya.

Langkah Kelima:


Paparan dibawah adalah proses pemilihan bahasa sewaktu pemasangan Ubuntu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa tetapan oleh Ubuntu.


Langkah Keenam:

Pemilihan Zon Waktu bagi sistem pengoperasian. Sebagai contoh, kita di Kuala Lumpur maka, Region adalah MALAYSIA dan Zone Kuala Lumpur ataupun anda boleh Klik terus ke atas map Semenanjung Malaysia.

Langkah Ketujuh:
Pemilihan Papan Kekunci (Keyboard), bagi sesiapa yang rasa tidak pasti jenis papan kekunci yang digunakan, boleh mencuba menaip di ruang yang disediakan bagi menguji Kekunci-A sepatutnya adalah "A".


Langkah Kelapan:

Proses menyediakan ruang storan bagi sistem pengoperasian Ubuntu 9.10. Di bawah ini menunjukkan komputer yang ingin dipasang Ubuntu tiada mempunyai sistem pengoperasian yang lain. Oleh itu, tiada masalahnya untuk menggunkan PILIHAN PERTAMA.

Walaubagaimanapun digalakkan kita menggunakan PILIHAN KEDUA, bagi menetapkan ruang untuk sistem pengoperasian kita.

 

Langkah Kesembilan:
Bagi memastikan sistem pengoperasian kita lancar dan efisien adalah digalakkan bagi membuat partisi seperti dibawah,
  • 100MB untuk "/boot"
  • 1024MB untuk "swap"
  • 4096MB untuk "/"
  • selebihnya untuk "home"
  
Langkah Kesepuluh:

Ubuntu akan meminta anda memasukkan,

  • Nama anda
  • Username
  • Kata Laluan
  • Nama Komputer Anda
Pilihan untuk masuk,
  • Secara Automatik
  • Memerlukan kata laluan sebelum Log In
  • Memerlukan kata laluan sebelum Log In dan "decrypt" partisi "home" kita.


Klik Forward untuk meneruskan pemasangan.

Langkah Kesebelas:


Proses pemasangan bermula,

 

Langkah Keduabelas:
Anda sudah berjaya sebenarnya, masa untuk "Reboot" PC atau Laptop anda bagi melihat hasil pemasangan.

 

Langkah Ketigabelas:
Ubuntu akan meminta anda untuk mengeluarkan CD Ubuntu dari CD-ROM komputer atau laptop anda.
  

Langkah Keempatbelas:
Paparan dibawah adalah Ubuntu Splash Screen. Anda tidak perlu berbuat apa2 hanya menunggu sebentar bagi Ubuntu memasukkan semua proses ke dalam memori komputer bagi menghasilkan satu sistem pengoperasian.
 

Langkah Kelimabelas:
Ini ialah "login screen" bagi Ubuntu 9.10, anda perlu memasukkan password bagi mengakses Ubuntu 9.10

Langkah Keenambelas:
Tahniah anda telah berjaya memasang dan mengakses Ubuntu 9.10. Dibawah ini paparan Desktop bagi Ubuntu 9.10.

Bagaimana mengekang kemaraan Firesheep @ Kambing Berapi?

Dengan berita yang tersebar luas tentang Firesheep, Mozilla Firefox extension bagi mengintai dan menculik (session hijacking) sesi perisian web, seperti Facebook, Twitter, Flickr dan pelbagai, maka pengguna wireless sekarang terdedah dengan ancaman. Rujuk :-

Firefox Add-on Firesheep Brings Hacking to the Masses
http://www.pcworld.com/article/208727/firefox_addon_firesheep_brings_hacking_to_the_masses.html

Firesheep Sourcecode
http://codebutler.github.com/firesheep/

Session Hijacking Attack
http://www.owasp.org/index.php/Session_hijacking_attack

Ancaman dalam bentuk "Session Hijacking", boleh dihindari dengan memastikan capaian kepada laman web anda sentiasa menggunakan SSL (HTTPS). Kebanyakan laman utama di Internet mempunyai kemudahan SSL ini  terutama sewaktu anda masukkan nama pengguna dan kata laluan. Namun ia tidak dibuat secara keseluruhan dalam capaian.

Ancaman Session Hijacking berlaku selepas anda berjaya masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. Penggunaan SSL (HTTPS) tidak dilaksanakan selepas itu. Tanpa SSL ia membuka peluang kepada ancaman Session Hijacking dan dengan Firesheep, ia boleh dilakukan dengan  mudah sekali.

Lindungi Diri Anda dengan langkah-langkah dibawah,

Kepada pengguna browser jenis Chrome, sila pasang atau "install" perisian ini bagi mengekang kemaraan aplikasi Firesheep terhadap akaun laman sosial anda ketika melayari pada perkhidmatan WiFi secara PERCUMA,

Langkah 1:

Buka Browser dan layari www.google.com.my dan search "KB SSL Enforcer"


Langkah 2:

Setelah dapat hasil carian, klik pada link tersebut untuk proses yang seterusnya, seperti didalam gambar dibawah,


Langkah 3:

Klik Install, 


Langkah 4:

Klik Install juga,



Langkah 5:

Klik pada Logo Spanar -> Tools -> Extensions seperti dibawah, 



Langkah 6:

Pilih KB SSL Enforcer dan Klik pada Option, hasilnya seperti dibawah,


Langkah 7:

Masukkan domain: "www.facebook.com" dan klik pada Whitelist, selepas itu, "facebook.com" . Setelah itu, masukkan pula "www.twitter.com" dan "twitter.com" dan hasilnya seperti dibawah,


Langkah 8:

Anda sudah berjaya mengekang kemaraan Firesheep @ Kambing Berapi walau bagaimananapun dinasihati usah mengambil risiko menggunakan perkhidmatan Wi-Fi yang tidak diketahui sumbernya,