Total Pageviews

Islamic Widget

Saturday, January 1, 2011

Cara-cara membina laman web dengan mudah

Adakah anda sudah mempunyai kemahiran mereka bentuk laman web? Atau anda benar2 baru dan tidak tahu apa2? Jika anda sudah mampu mereka bentuk laman web,saya nasihatkan anda pergi ke peringkat seterusnya. Bagi yang tidak tahu atau dengan kata mudah,newbie..saya cadangkan anda memuatturun rekabentuk laman web percuma yang telah disediakan oleh beberapa laman web secara percuma,seperti:

1. http://www.freewebsitetemplates.com

2. http://www.freewebtemplates.com

Dan macam-macam lagi yang boleh anda perolehi dengan meng’google’nya diinternet.Selepas itu,anda extract dan simpan folder laman web yang telah dimuat turun di folder www di C:\Program Files\EasyPHP 2.0b1\www.Bergantung pada version easyPHP anda. Kemudian,anda edit laman web tersebut dengan menggunakan frontpage.Tukar teks,imej dan meta tag mengikut kehendak anda. Setelah anda selesai edit,buka web browser dan taip http://localhost atau http://127.0.0.1 pada url address. Anda akan dapat melihat hasil yang anda telah kemaskini.

Kepada sesiapa yang benar-benar sukar membina laman web,saya cadangkan anda memuat turun software membina laman web. Terdapat banyak software yang boleh membantu anda dalam membuat laman web seperti codecharge,php runner dan website builder. Untuk permulaan,seeloknya anda memuat turun website builder. Anda boleh juga pergi ke laman-laman lain yang ada membantu mereka yang ingin membuat laman web secara percuma dengan memberikan tutorial. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment