Seperti yang sedia maklum, email yang sedia ada seperti GMail, Yahoo, AOL dan sebagainya menghadkan saiz fail yang boleh dihantar. GMail hadnya ialah 20MB, Windows Live dan Yahoo, hadnya hanya 10MB sahaja manakala AOL menghadkan kepada 16MB sahaja!
Jika anda ingin menghantar file yang lebih besar dari itu, terdapat beberapa laman yang mungkin boleh membantu anda.
Saya pernah menggunakan Send6, namun khidmat percumanya menghadkan kepada 100MB sahaja. Untuk menghantar sehingga 2GB fail, anda perlu mendaftar dengan akaun premium mereka!
SendThisFile tidak meletakkan sebarang had kepada fail yang ingin anda hantar, namun fail anda hanya akan disimpan selama 6 hari sahaja.
TransferBigFiles membolehkan anda menghantar fail sehingga 1GB secara percuma.
WeTransfer dan LargeFilesASAP pula membenarkan anda menghantar fail sehingga saiz 2 gig.
Untuk mengetahui khidmat-khidmat lain sila lawati laman About.com ini.
No comments:
Post a Comment