Jika anda dapati anda tidak boleh login kepada Windows XP setelah membuang virus dari komputer anda dan ingin menyelesaikan masalah yang timbul tanpa perlu memasang semula ( reinstall ) Windows, ada cara yang cepat dan mudah untuk anda memperbaiki keadaan.
Pertama sekali anda perlu memiliki CD BartPE. Anda perlu ‘burn’ BartPE terlebih dahulu kerana ia akan digunakan untuk memperbaiki masalah login XP anda.
Setelah berjaya ‘boot’ menggunakan Bart’s PE, anda perlu gunakan suatu perkakasan yang telah disediakan dalam CD Bart PE iaitu Remote RegEdit.
Apa yang perlu anda pastikan ialah pada bahagian berikut pada registry anda…HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon iaitu pastikan kandungan Userinit ialah C:\Windows\System32\userinit.exe!
Selepas itu mulakan semula komputer anda dan sepatutnya anda boleh login kepada Windows XP.
Selamat mencuba dan sebarang komen amat dialu-alukan.
Good info......TQ
ReplyDeletetq. just sharing knowledge
ReplyDelete