Total Pageviews

Islamic Widget

Friday, March 18, 2011

Cara Sambung 2 Komputer Guna Cable Network

Walaupun pada masa kini, penghantaran dan perkongsian data dapat dilakukan secara live network, tetapi kadangkala kita terpaksa untuk menggunakan kaedah lama iaitu menghubungkan 2 komputer secara direct network menggunakan cable. Sebagai contoh, kita perlu membuat penyambungan diantara 2 komputer bagi tujuan perkongsian data (file sharing) atau back-up data. Memang benar bahawa penggunaan media terkini contohnya pendrive, external hard disk lebih mudah. Tetapi adakalanya terdapat situasi kita terpaksa juga membuat penyambungan terhadap 2 komputer menggunakan cara lama, iaitu menggunakan media cable network UTP.

Cara Sambung 2 Komputer Guna Cable Network

  1. Setkan Private IP Address bagi kedua-dua komputer. Contohnya komputer A menggunakan IP 192.168.0.1 dan komputer B menggunakan IP 192.168.0.2
  2. Kemudian hubungkan kedua-dua komputer tersebut menggunakan cross cable network (UTP Cable). Cara ringkas untuk mengenali cross cable ini ialah, susunan warna bagi kedua-dua hujung cable adalah berbeza.
  3. Buat ujian network pertama: Icon Local Area Network adalah menyala (tiada simbol pangkah)
  4. Buat ujian network kedua: buka command mode (Start > Run > taip “cmd”), dan taip arahan ping kepada komputer satu lagi.
    Contoh komputer 1 ping komputer 2: ping 192.168.0.2
    Sekiranya ada reply, ia menandakan network berkeadaan baik.
  5. Tukar domain / workgroup kedua-dua komputer kepada 1 workgroup yang sama, contohnya “workgroup1″.
  6. Pada salah satu komputer, buat “sharing folders” terhadap data yang hendak dikongsi atau diback-up.
  7. Sekarang anda boleh berkongsi data diantara kedua-dua komputer tersebut. Cara untuk buka “sharing folders” pada komputer satu lagi ialah dengan membuka “My Network Places” atau cara pantas, buka menu “Run”, taip “\\“.
    Contoh: \\192.168.0.2
  8. Masukkan ID dan password administrator apabila diminta…

Antara sebab kenapa komputer tidak berjaya disambungkan

  • Firewall komputer block applikasi servis “files/printer sharing”.
    Penyelesaian: Cara mudah, OFF kan firewall komputer buat sementara waktu.
  • Komputer tiada password Administrator.
    Penyelesaian: Setkan password Administrator.

No comments:

Post a Comment