Semasa sedang memuat turun sesuatu daripada internet tadi, saya terperasan rapidshare tidak mempunyai delay untuk download ticket seperti biasa. Lihat gambar di bawah:
Klik untuk besarkan
Jadi, rapidshare memang mempunyai “Happy Hour” atau “jam bergembira” untuk muat turun sepuas-puasnya. Cuma ia berlaku pada masa-masa tertentu sahaja. Pada waktu tersebut dan dalam masa kurang daripada satu jam, anda boleh memuat turun sepuas-puasnya daripada Rapidshare. Oh ya, anda boleh mencari fail anda dengan Enjin Pencari rapidshare.
Selain daripada itu, terdapat satu tool menarik untuk melihat masa Happy Hour tersebut yang boleh dimuat-turun dan di sini terdapat pelbagai cara untuk melihat Happy Hour.
Seronok ya boleh muat turun banyak-banyak dalam satu masa tanpa had.
No comments:
Post a Comment