Assalamualaikum,
Tatkala anda membuka komputer adik anda atau laptop anda yang lama, agak merunsingkan jika kata laluan atau password Windows tersebut terlupa. Jadi anda tidak boleh log-in kerana terdapat password protect untuk akaun personal di komputer itu.
Berikut ialah tutorial ‘godam’ (konon) Dekan untuk mendapatkan akses ke computer tersebut.
Langkah 1 : Tekan CTRL+ALT+DEL pada skrin nama tersebut. Satu window akan muncul.
Langkah 2 : Letakkan nama sebagai ‘Administrator’. Dan biarkan ruangan password kosong. Tekan OK.
Langkah 3: Jika anda berjaya masuk ke computer tersebut, sebut Wallaa! :p
Langkah 4: Okay, sekarang anda berada di dalam Administrator mode. Anda tidak boleh mengakses dokumen mahupun Perisian di dalam akaun sebenar pengguna. (Folder di dalam Document and Setting.) Error berikut akan keluar:
Langkah 5: Ok, sekarang klik Start -> Run.. -> taip ‘cmd’.
Langkah 6: Taip ‘net user’:
Perhatikan nama pengguna untuk komputer tersebut disenaraikan satu persatu. Pilih akaun sepatutnya. Sebagai contoh “Nurul Hidayah”.
Langkah 7: Ok. Empat perkataan ajaib tersebut ialah:
net user “Nurul Hidayah” *
Taip semuanya termasuk tanda asterisk (*). Untuk kes anda, gantikan nama pengguna tersebut dengan nama sepatutnya.
Langkah 8: Kemudian masukkan password temporary anda. (Password anda yang baru la tuh. Dah kena hack.) Masukkan sekali lagi untuk confirmation.
Langkah 9: Kemudian restart kembali computer.
Langkah 10: Pada ruangan username akaun itu kembali masukkan password anda yang baru di ruangan password pada akaun tersebut. Ucapkan Alhamdulillah jika anda berjaya masuk ke komputer tersebut.
No comments:
Post a Comment