Total Pageviews

21576

Islamic Widget

Tuesday, April 26, 2011

Amaran Phishing

Satu inisiatif untuk melindungi pengguna internet daripada bahaya laman web Phishing

Terdapat laman-laman web yang dibangunkan bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi dan rahsia anda. Laman-laman web tersebut menyerupai laman web perbankan internet yang asli. Laman web ini dipanggil laman web Phishing. Laman web Phishing mengaburi pengguna dalam cubaannya bagi mendapatkan maklumat akaun bank, kata laluan dan lain-lain maklumat peribadi. Mangsa biasanya didorong untuk melayari laman web phishing setelah menerima e-mel atau sms yang mengarahkan penerima untuk menyelesaikan masalah berkaitan akaun mereka. Bagi mereka yang kurang mengetahui, arahan tersebut seakan asli dan khuatir akaun mereka digantung, mereka akan menuruti apa yang diarahkan termasuk memberikan kata laluan bagi akaun perbankan internet mereka. Pihak ketiga yang membangunkan laman web phishing tersebut akan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada mangsa-mangsanya untuk memindahkan wang dari akaun mangsa tanpa pengetahuan mereka.


Beberapa perkara yang laman web Phishing cuba dapatkan daripada mangsa mereka:


Anda mungkin telah menerima e-mel yang meminta anda login ke akaun perbankan internet, dapatkan 'Transaction Authorization Code (TAC)', keluar daripada web perbankan internet dan login ke laman yang lain (laman web phishing) yang menyerupai web perbankan internet, tetapi laman web ini meminta tiga maklumat daripada anda:

  • nama login,
  • kata laluan,
  • nombor TAC
Kenapa anda dibawa ke laman web http://www.skmm.gov.my/antiphishing ini?

Laman web yang anda cuba layari telah dikenalpati sebagai laman web phishing. Laman web phishing dijalankan oleh pihak ketiga yang bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi dan kata laluan. Laman web tersebut telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM mengambil tindakan sebegini untuk memastikan pengguna internet di Malaysia tidak menjadi mangsa pernipuan phishing.


Rujuk :

http://www.skmm.gov.my/antiphishing/

No comments:

Post a Comment