Membangunkan blog sendiri amat mudah. Tanpa perlu pengetahuan pengaturcaraan HTML, PHP, atau Java atau lain-lain bahasa berkaitan, anda boleh membina blog anda dengan mudah dan cepat. Terdapat banyak cara untuk membina blog atau membina laman web sendiri. Sekiranya anda membuat sedikit penyelidikan di Internet, anda akan menjumpai pelbagai peralatan percuma untuk membantu anda membina laman blog sendiri. Anda hanya perlu mengikuti beberapa panduan mudah yang saya sediakan.
1) Pilih perkhidmatan Hosting dan Nama Domain - Oleh kerana tiada pengetahuan langsung tentang hal-hal berkaitan server, domain, FTP dan SQL, anda disarankan membeli/menyewa pelayan web atau server yang memiliki fungsi pemasangan automatik semua jenis alat-alat yang diperlukan untuk membina laman web atau blog sehingga sukses.
2) Pilih Perisian Blog - Perisian blog ialah antaramuka web yang membenarkan anda mengurus dan mengendali penampilan blog seperti memasukkan artikel, menambah gambar, menambah halaman, serta mengawal antaramuka mengikut kehendak dan citarasa anda. Adalah penting bagi anda untuk memilih perisian blog yang baik, kerana di penghujung nanti anda pasti berkehendakkan sesuatu yang mudah untuk dikendalikan. Perisian terbaik bagi saya ialah Wordpress, salah satu perisian popular ketika ini di kalangan bloggers. Ianya ringkas, mudah dipasang dan boleh disuai mengikut keadaan dan citarasa pengguna.
3) Memasang WordPress - Pada peringkat ini, anda sudah pun memiliki nama domain anda, pelayan dan perisian blog sendiri iaitu Wordpress. Sekiranya anda memilih pelayan hosting, saya cadangkan anda memilih penyedia hosting yang menawarkan ciri-ciri Fantastico. Untuk memasang Wordpress di dalam Fantastico, log-masuk ke dalam akaun pelayan dan masuk ke bahagian Fantastico (Auto-Install). Kemudian pilih Wordpress auto Install dan klik "New Installation" untuk memasang blog ke dalam sub-domain. Diingatkan supaya anda menambah sub-domain terlebih dahulu sebelum memulakan proses pemasangan. Masukkan username, kata laluan, alamat emel dan keterangan Blog anda. Klik butang Install.
4) Penetapan WordPress - Selepas Wordpress dipasang, anda hanya perlu masuk ke halaman pentadbiran, terletak di alamat http://www.NamaAnda.com/wp-login.php (sekiranya WordPress dipasang di dalam domain utama) dan log-masuk menggunakan username dan kata laluan untuk melihat Dashboard. Di bahagian Dashboard ini, anda boleh membuat pos baru, menyunting komen, mengubah rekabentuk blog (dengan menukar templates), mengurus pengguna, membina rakan blog dan lain-lain.
5) Peribadikan blog - Pada peringkat ini saya percaya blog anda telah berfungsi dengan baik. Sekarang memasukkan entri-entri baru ke dalam blog. Tema ( theme) yang anda lihat ialah tema asal yang di datangkan dengan Wordpress. Sekiranya anda inginkan blog kelihatan unik, dapatkan tema-tema percuma yang boleh dimuat turun dari Internet. Anda juga boleh melihat senarai lebih 100 tema percuma di sini. Bagaimanapun sekiranya anda perlukan tema Wordpress yang boleh diubahsuai (hanya anda saja yang guna), sila ke halaman TemplateMonster.com. Terdapat banyak pilihan tema di sana yang boleh dipilih pada harga yang berpatutan.
6) Memasang plugins untuk Wordpress - Sekarang cuba cari plugins untuk Wordpress. Oleh kerana perisian Wordpress ialah jenis sumber terbuka, anda akan menjumpai beribu-ribu jenis plugins dan widget yang direka khas untuk Wordpress.
Selamat Memblog!

No comments:
Post a Comment