Total Pageviews

Islamic Widget

Sunday, June 12, 2011

Nyahaktif Open File Security Warning

Setiap kali anda muat turun program dan cuba menjalankannya, satu dialog amaran kecil akan keluar. Dialog tersebut dapat dilihat seperti berikut:



Bagaimana untuk membuang dialog amaran ini?


1) Klik Start -> Run


2) Taip "gpedit.msc" dan tekan Enter


3) Dalam tetingkap
Group Policy, masuk ke User Configuration -> Administrative Templates -> Windows Components -> Attachment Manager (Lihat Rajah 2)

4) Di bahagian panel kanan, klik dua kali pada pilihan "Inclusion list for low file types" (Lihat Rajah 2)



Gambarajah 2: Group Policy

5) Dalam tetingkap
Inclusion list for low file types Properties, pilih Enabled dan masukkan sambungan fail yang anda mahu, setiap sambungan di asingkan dengan tanda semikolon (Lihat Rajah 3)


Gambarajah 3: Tetingkap Inclusion list for low file types

6) Klik OK

Membuang Fail Thumbs.db

Thumbs.db atau "Windows Thumbnail Cache" ialah fail sistem terlindung yang dijana oleh Windows XP setiapkali anda mengakses kandungan di dalam Folder dalam bentuk Thumbnail atau Filmstrip. Idea disebalik Windows Thumbnail Cache ialah bagi meningkatkan kelajuan paparan sesuatu thumbnail apabila anda mengakses folder yang sama untuk kali ke dua.

Membuang fail Thumbs.db akan menghapus semua kec simpanan, dan ia akan dijana semua apabila anda melihat semula kandungan di dalam folder. Walaupun Thumbs.db meningkatkan kelajuan akses sesuatu folder, ia kadang kala menjadi gangguan bagi sesetengah pengguna.




Sekiranya anda mengikut langkah-langkah dibawah berikut, anda boleh membuang fail thumbs.db secara kekal.


1) Klik Start -> Control Panel


2) Pilih
Folder Options

3) Pilih tab
View


Gambarajah Folder Options

4) Dalam Advanced settings, tandakan pada pilihan "Do no cache thumbnails".


5) Klik OK


Itu sahaja, sekarang anda boleh membuang mana-mana fail
thumbs dengan mudah, dan fail tersebut tidak akan kembali lagi.

Memindahkan Lokasi My Documents

Setiap akaun pengguna Windows akan diberikan satu folder yang dipanggil My documents. Folder ini menyimpan banyak fail-fail dan dokumen persendirian.

Lokasi asal bagi
My documents dalam Windows 7 ialah C:\Users\<NamaAnda>. Bagaimanapun, anda boleh menukar lokasi simpanan folder My document dengan mudah. Sekiranya anda mempunyai ruang storan yang lebih, anda mungkin mahu memindahkan My documents keluar dari cakera C:

Untuk memindahkan
My documents dalam Windows 7:

1) Klik Start -> Computer dan masuk ke C:\Users\<
NamaAnda>

2) Klik kanan pada ikon
My documents, pilih Properties (Lihat Gambarajah 1)


Rajah 1

3) Klik pada tab
Location

4) Taipkan haluan lokasi di mana anda inginkan folder My docu
ments disimpan pada ruang kosong atau klik butang Move


Rajah 2

5) Klik
Apply

Tuesday, May 3, 2011

Bermain game “Snake” di Youtube.com

Pasti anda pernah mengalami keadaan ini iaitu ketika anda ingin menonton video di laman video paling popular iaitu Youtube.com,anda perlu menunggu beberapa ketika sebelum memainkan sesuatu video tersebut supaya ianya tidak tersekat-sekat.

Adakah anda tahu sambil menunggu video anda tersebut selesai diproses,anda boleh bermain satu permainan di youtube.com?Permainan tersebut yang juga salah satu permainan yang ringkas dan sangat popular ialah game “snake”.Kalau x pernah main game ni cuba tanya rakan2 yang lain…Hehehe..




Cuba lihat gambar di atas,sambil menunggu video persembahan Jozan Maharajalawak Minggu 4 diproses,sempat juga saya hilangkan boring menunggu dengan bermain permainan “Snake” ini kan…hehe..

Bagaimanakah caranya?





Trik ini adalah cukup mudah sekali….pertama sekali,tarik butang player youtube anda ke tepi atau pada minit 00:00 .

Kemudian tekan butang kiri dan ke atas anak panah pada papan kekunci anda.Rujuk gambar di bawah..




Dan mula untuk bermain! Mudah kan :)

Paparkan Akaun Administrator pada Windows 7 yang Tersembunyi

Bagaimanakah untuk memaparkan akaun Administrator pada sistem operasi Windows 7 anda?
Pertama sekali,buka Command Prompt pada komputer anda.Caranya ialah,klik pada butang “Start Menu” > All Programs > Accessories > Kemudian buka “Command Prompt” melalui “Run as Administrator”.Rujuk gambar di bawah.


Kemudian,setelah tetingkap Command Prompt dipaparkan.Taip command berikut :
net user administrator /active:yes
rujuk gambar di bawah.






Selesai! Jika anda log off komputer anda,anda akan dapat melihat terdapat satu akaun baru iaitu “Administrator” pada Logon screen komputer anda.