Total Pageviews

Islamic Widget

Tuesday, April 26, 2011

Apakah Phishing

Phishing adalah bertujuan menipu, selalunya dilakukan menerusi email untuk mencuri maklumat peribadi seseorang.

Email Phishing biasanya muncul seperti ianya daripada organisasi yang sangat dikenali dan meminta maklumat peribadi anda seperti nombor kad kredit, nombor account atau kata laluan. Hampir setiap cubaan 'phishing' datang daripada laman-laman, perkhidmatan dan syarikat yang tidak ada kena-mengena dengan anda.


Bagi membolehkan penjenayah 'phishing' mendapatkan maklumat peribadi anda, mereka mesti mengarahkan anda untuk melayari laman web seperti yang tertera di dalam email. Email tersebut pasti mengarahkan anda untuk klik pada alamat 'url' yang disediakan, jika dilayari, anda akan diminta memasukkan ID dan Kata Laluan. Organisasi yang SAH tidak akan meminta maklumat peribadi melalui email


Lindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan Phishing ini:

  • Jangan klik pada mana-mana pautan yang terdapat di dalam e-mel.
  • Gunakan OpenDNS yang menawarkan khidmat anti-phishing secara automatik
  • Perbaharui / naik taraf perisian pelayar web anda
  • Jangan memuat turun perisian yang anda tidak pasti, dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai kemahiran komputer
  • Pastikan alamat penghantar e-mel adalah alamat yang benar
  • Sekiranya anda pasti tidak berlaku apa yang dinyatakan di dalam sesuatu e-mel, maka ia mungkin satu penipuan
  • Jangan hantar duit kepada mereka yang tidak dikenali walaupun anda terlalu yakin dengan mereka. Penipuan internet sangat berleluasa dan berkemungkinan apa yang disampaikan kepada anda adalah pembohongan semata-mata
  • Cuba elakkan membeli barangan menerusi internet, terutamanya yang menawarkan harga yang tidak munasabah, berkemungkinan ia hanya satu penipuan.

Contoh Laman-laman Phishing


http://www.secured2u-data...


http://www.action-2ualerts..

Sumber:http://www.skmm.gov.my/antiphishing/

Amaran Phishing

Satu inisiatif untuk melindungi pengguna internet daripada bahaya laman web Phishing

Terdapat laman-laman web yang dibangunkan bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi dan rahsia anda. Laman-laman web tersebut menyerupai laman web perbankan internet yang asli. Laman web ini dipanggil laman web Phishing. Laman web Phishing mengaburi pengguna dalam cubaannya bagi mendapatkan maklumat akaun bank, kata laluan dan lain-lain maklumat peribadi. Mangsa biasanya didorong untuk melayari laman web phishing setelah menerima e-mel atau sms yang mengarahkan penerima untuk menyelesaikan masalah berkaitan akaun mereka. Bagi mereka yang kurang mengetahui, arahan tersebut seakan asli dan khuatir akaun mereka digantung, mereka akan menuruti apa yang diarahkan termasuk memberikan kata laluan bagi akaun perbankan internet mereka. Pihak ketiga yang membangunkan laman web phishing tersebut akan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada mangsa-mangsanya untuk memindahkan wang dari akaun mangsa tanpa pengetahuan mereka.


Beberapa perkara yang laman web Phishing cuba dapatkan daripada mangsa mereka:


Anda mungkin telah menerima e-mel yang meminta anda login ke akaun perbankan internet, dapatkan 'Transaction Authorization Code (TAC)', keluar daripada web perbankan internet dan login ke laman yang lain (laman web phishing) yang menyerupai web perbankan internet, tetapi laman web ini meminta tiga maklumat daripada anda:

  • nama login,
  • kata laluan,
  • nombor TAC
Kenapa anda dibawa ke laman web http://www.skmm.gov.my/antiphishing ini?

Laman web yang anda cuba layari telah dikenalpati sebagai laman web phishing. Laman web phishing dijalankan oleh pihak ketiga yang bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi dan kata laluan. Laman web tersebut telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM mengambil tindakan sebegini untuk memastikan pengguna internet di Malaysia tidak menjadi mangsa pernipuan phishing.


Rujuk :

http://www.skmm.gov.my/antiphishing/

Thursday, April 14, 2011

Meningkatkan Kebolehan Memulihkan Fail Dengan Parchive

Ancaman yang terbesar bagi pengguna Windows adalah yang disebabkan oleh virus atau trojan. Dengan adanya fail pariti kemungkinan untuk memulihkan fail dapat ditingkatkan. Kerosakan juga boleh berlaku kepada cakera keras dan kebolehan memulihkan fail adalah sangat diperlukan.

Bagi anda yang menggunakan CD atau DVD untuk menyimpan fail. Mempunyai fail pariti bersama fail asal adalah satu keperluan. CD atau DVD mungkin bercalar yang memungkinkan fail yang dikehendaki rosak.

Oleh kerana saiz fail pariti ini adalah kecil maka ia boleh dihantarkan sekali dengan fail utama didalam email atau muat turun laman web atau disekali dalam simpanan CD dan DVD.

Parchive: Parity Archive Volume Set adalah usaha pembangunan secara sumber terbuka atau Open Source Software (OSS) untuk mewujudkan cara bagi membolehkan fail-fail dipulihkan melalui penggunaan fail pariti Par2. Fail pariti Par2 ini adalah satu fail yang mempunyai nilai kiraan matematik berdasarkan Kod Reed-Solomon. Dengan wujudnya fail pariti Par2 ini, sekiranya fail asal alami kerosakan maka perisian Parchive akan menggunakan fail pariti tersebut untuk membuat pemulihan.

Maklumat lanjut mengenai Parchive


Cadangan penggunaan paling sesuai bagi pengguna komputer adalah untuk mengadakan fail pariti dalam folder-folder fail simpanan anda. Folder-folder ini kemudian boleh disalin ke CD atau DVD, atau di email bersama fail asal atau disalin ke simpanan Cloud seperti Ubuntu One Cloud atau dimampatkan bersama dalam satu fail zip atau 7zip

Bagi tujuan melindungi fail-fail anda didalam folder anda sila muat turun perisian Quickpar


dan baca panduan penggunaan disini.

Creating PAR2 files


dan

Using PAR2 files to verify and repair data files


Ringkasan penggunaan :-

1) Buat satu folder khusus untuk anda menyimpan fail-fail penting

2) Jalankan Quickpar pada setiap folder yang anda wujudkan untuk menyimpan fail-fail penting. Pastikan fail pariti Par2 ada.

3) Pastikan apabila anda membuat salinan kepada CD atau DVD, penghantar email atau mampatkan fail, fail pariti par2 dihantarkan sekali.

4) Jalankan Quickpar sekiranya ada fail baru atau berubah dalam folder simpanan.

Rujukan lain :-

Ubuntu One Cloud


7zip adalah pengganti kepada Winzip


Using PAR and PAR2 files


Lajukan Internet Dengan Google Public DNS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Google turut sediakan public DNS yang boleh digunakan oleh orang ramai. Sekiranya capaian Internet anda menjadi perlahan atau susah dicapai, cuba tukarkan alamat ip DNS kepada Google Public DNS

8.8.8.8 dan
8.8.4.4

Panduan lanjut di


Anda juga boleh gunakan alamat ip OpenDNS yang turut sediakan Lkemudahan yang sama. Gunakan alamat ip

208.67.222.222 dan
208.67.220.220

Maklumat lanjut di

http://www.opendns.com/

Bluetooth SIG

WIRELESSLY, POWERFULLY, EFFICIENTLY. Bluetooth wireless technology work how ever you work. It work whenever you work, seamlessly connecting all of your mobile devices. Creating unprecedented connectivity.

Itulah yang orang kata tentang Bluetooth. Gigi biru zaman baru. Bersempena nama seorang pahlawan viking zaman dulu yang akhirnya menjadi raja viking...... Bluetooth menjadi satu nama teknologi baru. Menghubungkan peranti tanpa wayar anda.....

Teknologi tanpa wayar BluetoothTM telah merealisasikan pasaran perhubungan peribadi tanpa wayar dengan lebih meluas lagi. Ia membolehkan komputer anda berhubung dengan terus dengan telefon, PDA, headphone dan sebagainya. Yang menariknya, kini kita boleh jumpa tetikus tanpa wayar, papan kekunci tanpa wayar, speaker tanpa wayar, konsol video game tanpa wayar dan berbagai lagi. Dalam tempuh terdekat nanti, TANPA WAYAR akan mendominasi kehidupan harian anda.

Apa sebenarnya Bluetooth?

Bluetooth SIG adalah satu pertubuhan perdagangan yang mempunyai minat mendalam dalam merealisasikan dunia tanpa wayar Bluetooth berjaya. Ianya diketuai oleh sembilan kumpulan promoter iaitu 3Com, Agere, Ericsson, IBM, Intel, Microsoft, Motorola, Nokia dan Toshiba, berserta beratus lagi sebagai ahli biasa dan pengamal Bluetooth. SIG adalah singkatan daripada Special Interest Group.

Di mana Bluetooth akan digunakan

Di mana-mana saja.Selagi peranti anda menepati spesifikasi Bluetooth, ianya boleh dihubungkan tanpa wayar dengan peranti yang lain tak kira di mana anda berada. Andea yang akan menetapkan sempadannya. Samada anda berada di Eropah, Asia, Asia Barat, Timur, Amerika atau Afrika sekali pun, selagi anda mempunyai peranti yang menepati sepesifikasi Bluetooth, anda boleh berhubung tanpa wayar dengan perantio tersebut.

Apa di sebalik Bluetooth?

Bluetooth telah dibangunkan dan disokong oleh berbagai produk dan pembangunan applikasi yang merangkumi segmen pasaran yang luas. Ia termasuk daripada pembangun software, pembangun teknologi silikon, peripheral, pembuat camera, pembuat komputer dan peralatan portable, barangan elektronik, pengeluar alat penguji dan sebagainya.

Satu teknologi yang benar-benar telah berjaya menjadikan Bluetooth bergerak pada landasannya adalah teknologi semiconductor yang berteraskan RF (radio frequency). Dan dalam teknologi ini, dengan teknologi baru semiconductor, yang dipanggil SiGe (Silicon - Germanium) membolehkan peranti tanpa wayar berkembang luas tanpa batasannya. Ini bermula bila pada 1998, IBM memulakan secara komersial produck berasaskan SiGe. Dengan adanya process teknologi SiGe ini, semakin banyak LNA (Low Noise Amplifier) di buat. Inilah yang menjadikan peranti tanpa wayar dengan noise ratio yang minimum berkembang pesat.... Bukan itu sahaja, malah peranti yang biasa digunakan dalam teknologi radio-frequency seperti mixer, modulator, demodulator, transciever, transmitter, VCOs dan sebagainya telah banyak melepasi had yang ditentukan oleh silikon (Si) atau pun GaAs (Galium Arsenide). SiGe membuka era baru dalam teknologi tanpa wayar.

Apa yang Istimewa dengan SiGe?

Dengan kata "lay man word", SiGe adalah speed. Kelajuan. Kelajuan peranti yang berasaskan Si adalah terhad kepada maksima 2GHz. Ini kerana bandgap bagi Si adalah 1.12eV berbanding 1.04eV bagi SiGe. Dengan itu Si biasa mempunyai electron base transit time yang tinggi dan tidak dapat bersaing dengan SiGe.

Bagi SiGe, transistornya di panggil HBT (hetero-junction bipolar transistor). Base resistance (RB) bagi SiGe HBT boleh diubah-ubah hanya dengan menukar kandungan dopant Ge tanpa memudaratkan current gain(ß). Lebih-lebih lagi noise factor SiGe adalah sangat rendah berbanding kepasa Si biasa iaitu pada 0.9dB berbanding dengan 3.0dB pada kelajuan transistor level 10GHz. Beberapa faktor lain yang menjadikan ianya mendapat populariti sekarang adalah keboleh-prosesan teknologi ini menggunakan teknologi CMOS biasa. ianya tidak memerlukan banyak mesin-mesin tambahan dan tidak berbahaya kepada alam sekitar berbanding dengan GaAs. Melihat namanya yang mengandungi Arsenide, sudah cukup untuk tidak menyentuhnya.....

Nah, sesiapa yang bekerja di persekitaran RF, anda tentunya tahu membezakan.....

Tak lama lagi, Malaysia akan terlakar dalam peta dunia sebagai salah satu negara yang punyai produk berasaskan teknologi SiGe. Satu teknologi baru yang menjadikan Bluetooth satu realiti. Yang menjadikan komunikasi tanpa wayar berkembang luas.