Total Pageviews

Islamic Widget

Saturday, January 1, 2011

Pantau kelajuan PC dengan Task Manager

Sekiranya PC anda mula menjadi perlahan selepas digunakan untuk beberapa ketika, atau salah satu program secara tiba-tiba berhenti bertindak-balas, anda boleh gunakan Task Manager, utiliti terbina dalam Windows bagi membantu anda mengembalikan semula sumber sistem.

Windows Task Manager
atau Pengurus Tugasan Windows, membolehkan anda memantau program-program yang sedang berjalan di dalam PC, dan menutup tugasan (dikenali sebagai end task) jika diperlukan. Ia sangat berguna apabila sesuatu program berhenti berfungsi secara tiba-tiba atau sering dipanggil sebagai crash (Program berhenti tetapi gagal ditutup).

Untuk melancarkan
Task Manager, tekan kekunci Ctrl + Alt + Delete serentak atau klik kanan pada mana-mana bahagian Taskbar dan pilih Task Manager (Lihat Rajah 1).


Gambarajah 1

Tab
Applications (Lihat Rajah 2) mengandungi senarai program yang sedang berjalan, dan status masing-masing. Untuk mematikan program secara paksa, pilih program dari senarai dan klik kanan, pilih End Task.


Gambarajah 2: Applications

Tab
Processes (Lihat Rajah 3) ialah utiliti terpenting terdapat di dalam Windows. Ia membolehkan anda melihat semua proses yang sedang berjalan termasuk proses yang dijalankan oleh sistem Windows. Jika PC anda tiba-tiba menjadi perlahan, anda boleh gunakan tab ini untuk melihat jumlah penggunaan memori oleh sesuatu program. Klik pada kolum Mem Usage, proses akan disusun mengikut jumlah penggunaan memori paling rendah hingga paling tinggi. Sesetengah program memanggil penggunaan memori sebagai "memory leaks" bermaksud semakin lama program berjalan, semakin tinggi penggunaan memorinya.


Gambarajah 3: Processes

Amat penting bagi anda untuk mengetahui jenis-jenis program dan jumlah memori digunakan. Perisian penyunting imej seperti Photoshop, Illustrator dan sebagainya selalunya menggunakan memori yang tinggi. Begitu juga program pelayar web seperti Firefox.


Untuk memantau penggunaan
CPU dan memori, gunakan tab Performance (Lihat Rajah 4). Di sini anda boleh mendapatkan ringkasan sumber sistem secara visual.

No comments:

Post a Comment