Berikut 5 langkah-langkah mudah bagi membantu anda melindungi rangkaian wayarles (tanpa wayar). Langkah-langkah ini adalah sebagai panduan umum - untuk garis panduan lebih terperinci, sila rujuk buku panduan vendor perkakasan anda.
1) Muat Turun Perisian Tegar ( firmware) peralatan anda
2) Tukar kata laluan Pentadbir (Administrator)
3) Tukar nama SSID dan nyahaktif Siaran SSID (SSID Broadcasting)
4) Aktifkan WPA
5) Had akses melalui alamat MAC
1) Muat Turun Perisian Tegar (firmware) peralatan anda
Perisian tegar atau firmware ialah perisian sistem yang di simpan di dalam memori ROM sesuatu perkakasan - dalam kes ini router tanpa wayar (wireless router) anda. Firmware yang datang bersama-sama router tanpa wayar biasanya sudah ketinggalan. Muat turun firmware baru dari laman web rasmi vendor bagi memastikan keselamatan dan kelancaran di tahap yang paling baik.
Memandangkan kerentanan keselamatan ditemui saban hari, penampung ( patches) juga akan wujud bagi membaikpulih kelemahan-kelemahan ini. Sekiranya anda menggunakan firmware asal yang datang bersama-sama router anda, kebarangkalian adanya lubang-lubang keselamatan bagi membolehkan seseorang merampas sambungan Internet anda juga adalah tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga mungkin boleh melihat fail-fail komputer yang terdapat di dalam rangkaian anda malah mencuri kata laluan dan nombor kad kredit anda.
Oleh yang demikian, anda perlu memastikan router wayarles anda dimuatkan dengan firmwarefirmware, dan prosesnya amat mudah. Periksa laman web pengeluar peralatan wayarles anda bagi mendapatkan butir-butir cara untuk memuat turun firmware terkini, dan cara untuk memasangnya.
terkini dari vendor. Kebanyakan router wayarles hari ini membolehkan anda mengemaskini
2) Tukar kata laluan Pentadbir (Administrator)
Kata Laluan asal ( default) router wayarles perlu ditukar serta merta. Semua router wayarles didatangkan denga username dan kata laluan yang sama. Untuk menukar kata laluan, masuk ke konfigurasi router wayarles, dan cari pautan atau aturan bertulis "Admin". Jika anda mengalami kesulitan untuk membuat aturan, rujuk buku panduan pengguna router wayarles anda.
3) Tukar nama SSID dan nyahaktif Siaran SSID (SSID Broadcasting)
Router wayarles anda didatangkan dengan SSID asal. SSID ialah nama rangkaian yang dikongsi oleh semua peralatan di dalam rangkaian tanpa wayar. SSID perlu digunakan oleh semua alat di dalam rangkaian wayarles. Untuk keselamatan, anda disarankan menukar SSID asal (default) ini kepada nama yang lebih unik bagi mengelakkan sambungan tanpa kebenaran di dalam rangkaian anda.
SSID Broadcasting ialah penyiaran nama SSID router bagi memudahkan peralatan lain untuk bersambung ke rangkaian wayarles anda. Bagaimanapun ia juga memudahkan sesiapa sahaja dengan peralaran wayarles untuk mengakses rangkaian anda. Dengan membuka siaran SSID, sama seperti anda meninggalkan kunci kereta di dalam alat pencucuh sambil anda keluar ke kedai serbaneka.
Dengan menutup siaran SSID, setiap peralatan wayarles yang ingin disambungkan perlu SSID-nya sama seperti yang terdapat pada router wayarles. SSID bukanlah sejenis pengesahan (authentication) tetapi lebih kepada pengenalan (identification).
Sila rujuk buku panduan router wayarles anda tentang cara untuk menyahaktifkan SSID Broadcasting ini.
4) Aktifkan WPA
Kebanyakan kad wayarles dan router menyokong ciri-ciri keselamatan tanpa wayar yang dipanggil WPA atau WPA2. WPA atau nama singkatan bagi Wi-Fi Protected Access ialah mekanisma enkripsi terbaru menggantikan WEP bagi memastikan setiap data yang keluar masuk dari rangkaian lebih selamat.
5) Had akses melalui alamat MAC
Setiap kad network, samada wayar dan tanpa wayar memiliki satu alamat unik yang diperuntukkan dari pengilang. Alamat ini dipanggil alamat MAC. Dengan mengaturkan supaya router wayarles anda hanya membenarkan sambungan dari alamat MAC tertentu, anda secara langsung telah menambah baik keselamatan rangkaian wayarles anda.
No comments:
Post a Comment